Klik untuk mendaftar sebagai ahli

Berita & Acara

Program Kesedaran Awam Mengenai Kitar Semua

Pada 25 Jun 2020 yang lalu, telah berlangsungnya Program Kesedaran Awam Mengenai Kitar Semula kolaborasi bersama Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) dan SWCorp.

Program yang bertempat di Rumah PSDM itu dihadiri oleh pihak pengurusan dan tenaga pengajar Rumah PSDM, wakil-wakil dari SWCorp, ibu-bapa dan juga para pelajar Rumah PSDM.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik individu dengan Sindrom Down mengamalkan amalan kitar semula & memberi kesedaran kepada komuniti sekelilng tentang kepentingan amalan kitar semula kepada alam sekitar.

Barang-barang kitar semula yang telah dikumpulkan pada hari itu akan dijual kepada pihak berwajib dan hasil jualan itu akan dijadikan sumber pendapatan Rumah PSDM.

Butiran Hubungi

Alamat: JKR 2807 (87), Lingkungan U-Thant, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
Am: +603-4257 9818
Mobile: +6011-6096 2650
© Hak Cipta 2025 Persatuan Sindrom Down Malaysia (PPM-007-14-11052001). Hak cipta terpelihara.
Powered by Sydair Tech PLT
ms_MYBahasa Melayu