Aktiviti & Perkhidmatan yang Ditawarkan oleh PSDM & Taska Anisd, Termasuk Peta Jalan untuk Membolehkan Kehidupan Berdikari bagi Individu dengan Sindrom Down
Antara program/aktiviti yang dijalankan di PJH PSDM di Kuala Lumpur, Taska ANISD, dan PPDKSD di Putrajaya adalah:
I) Program Intervensi Awal (PIA)
Program Stimulasi Bayi (bagi umur 4 bulan – 2/2½ tahun)
Program Pembelajaran Awal Kanak-kanak (bagi 2/2½ tahun – 4/4½ tahun)
Program Pra-Sekolah (bagi 4/4½ tahun – 6/6½ tahun)
Memberi pelbagai perkhidmatan termasuk terapi fisio,pemulihan cara kerja dan pertuturan.
Menjalankan pelbagai aktiviti, didikan dan latihan untuk membangunkan kebolehan dan kemampuan anak-anak dengan SD, dalam motor kasar dan halus, bahasa dan komunikasi, kemahiran kendiri, sosial dan tingkah laku, dan juga pembangunan kognitif dan pembelajaran awal/pra-sekolah.
PJH PSDM, Taska ANISD dan PPDKSD juga menyediakan perkhidmatan asuhan bagi kanak-kanak dengan SD. PIA bertujuan menyiap-sedia murid dengan SD untuk Persediaan Bersekolah di PPKI Rendah di Sekolah Kerajaan.
II) Program Latihan Asas & Kemahiran Kerjaya dan Program Tinggal Sendiri
Program Latihan Asas Kerjaya (PLAK) (bagi 19 tahun ke atas – sepenuh hari dan 16 -19 tahun – separuh hari)
Program Latihan Kemahiran Kerjaya (PLKK) (bagi 22 tahun ke atas – sepenuh hari)
Program Latihan Tinggal Sendiri Dengan Bantuan (PLTSB)
III) Program–program Lain
Untuk ibubapa dan adik-beradik bersama individu SD seperti mengadakan bengkel dan seminar, menyambut Hari Keluarga SD, Hari Sindrom Down Sedunia (HSDS) dan lain-lain.