Klik untuk mendaftar sebagai ahli

Berita & Acara

Program CSR oleh Bank Islam Malaysia Berhad

Baru-baru ini Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah menganjurkan satu program CSR di Rumah Persatuan Sindrom Down Malaysia (RPSDM), Kuala Lumpur. Program CSR yang tertumpu kepada penambahbaikan kondusiviti ruang pembelajaran bagi para pelajar dan keceriaan RPSDM ini turut sama dijayakan oleh kakitangan BIMB, para pelajar dan tenaga pengajar dari RPSDM, Taska ANISD, PPDK SD dan juga pihak ibubapa.

Program yang bermula seawal jam 7 pagi itu juga turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif BIMB Encik Mohd Muazzam Mohamed dan Presiden PSDM Puan Hanizan binti Hussin. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari wakil BIMB seterusnya ucapan alu-aluan dari Presiden PSDM dan disusuli dengan ucapan dari Ketua Pegawai Eksekutif BIMB.

Program juga turut diserikan lagi dengan persembahan tarian oleh para pelajar PSDM. Di samping itu juga, pihak BIMB juga turut berbesar hati memberikan sedikit sumbangan kepada PSDM semasa program berlangsung.

Aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, mengecat dan membaiki kelas Vokasional dan RPSDM dimulakan sekitar jam 8.45 pagi. Aktiviti memperindah dan menceriakan bangunan Vokasional dan RPSDM ini mengambil masa lebih kurang selama 4 jam sebelum majlis berakhir sekitar jam 1.30 tengah hari.

Butiran Hubungi

Alamat: JKR 2807 (87), Lingkungan U-Thant, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
Am: +603-4257 9818
Mobile: +6011-6096 2650
© Hak Cipta 2025 Persatuan Sindrom Down Malaysia (PPM-007-14-11052001). Hak cipta terpelihara.
Powered by Sydair Tech PLT
ms_MYBahasa Melayu