

Hello Semua!
PSDM selaku pendokong program yang dianjurkan oleh Extra Chromosome Extra Awesome Festival (ECEAF) dengan sukacitanya menjemput semua untuk menyertai kami dalam Bengkel Seminar Keibubapaan Siri ke-2, bertajuk Pemerkasaan Ibu Bapa Madani dan Pemurnian Terapi Program Anak-anak Istimewa, Khususnya Anak-anak dengan Sindrom Down.




📅 Sabtu, 4 November 2023
🕚 10 pagi – 4 petang
📍CNICC, Menara PGRM, Kuala Lumpur
Sila rujuk Google Form untuk maklumat lanjut: https://forms.gle/qvHbCbesiXUMUvhH7
Tema utama bengkel ini adalah ”Jaringan Sinergi Sosial” dengan tajuk pengendalian ”Kanak-Kanak Berkeperluan Khas.” Sub tajuk yang akan dibincangkan adalah ”Intervensi Awal: Mana Nak Mula.”
Bengkel ini akan menyediakan platform untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman, dan strategi terbaik dalam membantu perkembangan anak-anak berkeperluan khas, terutamanya mereka yang mempunyai anak atau ahli keluarga dengan Sindrom Down. Ianya adalah peluang yang bernilai untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik serta memberi sokongan kepada anak-anak ini.
Kami berharap anda dapat menyertai kami dalam seminar ini untuk memperkasa idea dan perbincangan yang lebih efektif sejajar dengan tujuan sinergi mengeratkan lagi jaringan sokongan untuk komuniti ini.
Sila tekan link dibawah untuk pendaftaran
https://forms.gle/qvHbCbesiXUMUvhH7

Untuk ibu bapa yang hadir bersama anak, kami turut akan menyediakan aktiviti menarik untuk anak anak anda! Anda juga berpeluang untuk membeli baju T-Shitt ECEAF dengan harga RM35.00 (Dewasa) & RM25.00 (Kanak-Kanak). Setiap pembelian anda adalah sumbangan kepada Pusat Sindrom Down!
Jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada usaha pemerkasaan kemenjadian anak-anak istimewa dalam masyarakat kita.
Jumpa anda di sana!


