19/03/2022 Seminar Kesedaran; Peranan Penting Ibubapa / Penjaga Dalam Pemerkasaan Anak Dengan Sindrom Down Ke Hala Kehidupan Berdikari Dan Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia Peringkat PSDM Tahun 2022

19 Mac 2022 – Bersempena dengan Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia Tahun 2022, PSDM mengadakan Seminar Kesedaran kepada ibubapa/ penjaga anak SD dan juga sedikit aktiviti sambutan untuk meraikan individu SD. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran maskot kegemaran anak – anak Upin & Ipin. Majlis dirasmikan oleh Y.Bhg Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar (Pengerusi MAIWP) yang diiringi Datuk Abdul Malik (Penasihat PSDM) dan Puan Norhana (Presiden PSDM).