About Us

Meningkatkan kualiti kehidupan individu dengan sindrom down dan keluarga mereka melalui perspektif kebajikan, kesihatan, pendidikan dan kerjaya.

Latar Belakang

PSDM yang didaftarkan pada 11 Mei 2001, adalah sebuah pertubuhan sukarelawan kebajikan yang menjaga pembangunan dan memperjuangkan hak individu dengan Sindrom Down (SD) bagi seluruh Malaysia melalui perspektif kesihatan, kebajikan, pendidikan, latihan vokasional/kerjaya dan tinggal sendiri serta pekerjaan.

Pihak PSDM menumpukan perhatian kepada program yang saling melengkapi perkhidmatan yang sedia ada dan bukan untuk menduplikasinya. Oleh itu, sejak mula beroperasi, PSDM lebih menumpukan kepada penyediaan Program Intervensi Awal (PIA) dan Program Latihan Asas Kerjaya (PLAK) melalui Kelas Vokasional.

Ibu Pejabat PSDM yang dinamakan Rumah PSDM, bertempat di Jalan U-Thant, Kuala Lumpur. Di premis ini, PSDM juga menjalankan operasi Pusat Jagaan Harian (PJH) yang memberi pelbagai perkhidmatan kepada individu dengan SD mulai dari akhir 2003. PSDM telah memulakan operasi di Taska ANISD (Anak-anak Istimewa Sindrom Down) di Presint 11, Putrajaya pada April 2013. Kelas Vokasional telah mula beroperasi di Rumah PSDM pada Mac 2014. Pihak PSDM juga telah menubuh Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti Sindrom Down (PPDKSD) pada 1 Mac 2020, yang telah mula beroperasi pada 1 Mei 2019.