Click to register as a member

News & Events

13/05/2023: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri & Sambutan Ulangtahun PSDM ke 22

Pada 13 Mei 2023, Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) telah menganjurkan dua acara yang bersejarah di Lingkungan U-Thant, Kuala Lumpur iaitu Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri dan sambutan ulang tahun ke-22 PSDM. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran istimewa daripada pasukan Nasionalfm yang dipimpin oleh DJ Dyya Nawal dan DJ Nazrie Fahmi, bersama dengan kru Yuyue, Odey, Zura, dan Alia. Mereka berada di sana sebagai pengacara dan mengadakan lintas langsung untuk Program Nasionalfm Ambil Tahu, dengan tujuan utama untuk memberikan liputan tambahan tentang acara PSDM yang penting ini, khususnya untuk merayakan ulang tahun ke-22 PSDM. Dengan demikian, memberikan lebih banyak pendedahan dan kesedaran masyarakat tentang sindrom Down. Acara ini, di samping merayakan Hari Raya Aidilfitri, juga telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli dan anak-anak PSDM dari seluruh negara, memperkuat ikatan kekeluargaan dan persaudaraan.

Contact details

Address: JKR 2807 (87), Lingkungan U-Thant, Jalan U-Thant, 55000 Kuala Lumpur, Malaysia
General: +603-4257 9818
Mobile: +6011-6096 2650
© Copyright 2025 Persatuan Sindrom Down Malaysia (PPM-007-14-11052001). All rights reserved.
Powered by Sydair Tech PLT
en_GBEnglish (UK)